Cikgu BM dah jadi gila… 31 Disember, 2007
Posted by saiey in Jenaka.1 comment so far
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama , duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
M urid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Baca dan ketawa..hahaha 31 Disember, 2007
Posted by saiey in Jenaka.1 comment so far
Wasiat Isteri
Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana
kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus
menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang,
malah terus satu baldi. Para hadirin merasakan tindak tanduk itu
membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang
bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai
daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa
bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang
yang sedemikain solid.
Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda
tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram
air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi seta
ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil
meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah
tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang
sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.
Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang
membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang
takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang
teramat sangat. Apabila ditanya, si suami menjawab “Arwah isteri ku telah
berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas
kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk
memastikan rumput agar cepat tumbuh!”
Takde Otak
Pada suatu hari, seorang pelajar yang aktif dalam perlumbaan haram telah
mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah
tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak,
pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan
doktor itu, bapa berkenaan berkata: “Dia akan selamat kerana besi itu pasti
tidak dapat mengenai otaknya.” Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa
ini terus bertanya: “Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan
isya’Allah pun pak cik tak sebut?”. Sampuk si bapa: “Masakan besi itu boleh
mengenai otaknya kerana dia memang tak ada otak, kalau dia ada otak, tentu
dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto
belajor!”.
Bapak Borek Anak Rintik
Kononnya terdapat seorang kaki cerita handalan di sebuah kampung yang
sentiasa mendapat tumpuan ramai di mana saja dia berada. Suatu hari, ketika
pulang ke kampung setelah urusan di bandar, dia amat terkejut melihat orang
kampung sedang khusyuk memberi perhatian sambil mengerumuni seorang
penceramah. Senario dan gelagat orang ramai yang mengelilingi orang
berkenaan ternyata memberi gambaran yang tokoh itu bukan orang sembarangan.
Setelah didekati, penceramah baru itu ialah anaknya sendiri. “Nampaknya
anak aku dah lawan taukeh ni.” bisik hatinya.
Suatu petang, penceramah ini mengajak anaknya bersiar-siar kerana agak
sudah lama tidak keluar bersama. Apabila berada diatas jambatan, tiba-tiba
penceramah itu terus terjun kedalam sungai dan hilang dari pandangan untuk
tempoh yang agak lama. Anaknya mula cemas, Namu, kebimbangan ini hilang
bila bapanya timbul semula. “Bapa pergi mana?” tanya anaknya segera.
“Itulah Mat, kau tak ikut aku, tadi masa bapa terjun ke dalam sungai,
rupa-rupanya ada warung teh tarik di dasar sungai. Itulah yang lama sikit
dalam sungai tu.” mengarut bapanya. Mendengar kata-kata bapanya, si anak
pun terus terjun dan berada lebih lama lagi hinggakan si bapa pula resah.
Ketika di dasar sungai, si anak telah mencapai seketul batu dan
menggunakannya untuk melukakan kepalanya sedikit dengan sengaja. Apabila
dia timbul semula, si bapa bertanya kenapa kepalanya berdarah. “Itulah
bapa, tadi bapa minum teh tarik di warung sana tak bayar duit, bila mamak
tu tau saya anak bapa, dia terus memukul saya.”
Kursus Kahwin
Seorang pemuda yang hendak mendirikan rumahtangga telah berjumpa dengan tok
kadi untuk diuji perkara-perkara asas mengenai agama. Tok kadi mula
bertanya secara rambang.
Tok Kadi : Boleh awak membaca doa Qunut?
Pemuda : Boleh.
Tok Kadi : Boleh bacakan sekarang, ustaz nak dengar.
Pemuda : Tersangat boleh, ustaz nak dengar yang panjang atau yang pendek?
Tok Kadi : Ada dua jenis ke? Tapi tak mengapa, sila bacakan kedua-duanya
sekali.
Pemuda : Kalau yang pendek, bacanya….Qunut! dan kalau yang panjang,
bacanya….Qunuuuuuuuuuuuuuuuut!
Si Lurus
Seorang pak cik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang
motosikal. Menurut undang-undang, Pelekat “P” hendaklah digantung pada
motosikal bagi yang baru lulus lesen motor. Suatu hari ketika menuggang dia
telah terserempak dengan polis yang membuat sekatan.
Polis : “P” mana pak cik?
Pak Cik : Pi Alorq Starq. (Dengan muka konfiden)
Polis : Pak cik nak berguran plak yea, “P” mana?
Pak Cik : Aku nak pi Alorq Starq. (Dia dah mula naik angin)
Polis : Amboi, main-main plak pak cik ni, ni saya tanya ni pak cik, mana
“P”?
Pak Cik : Aku dah habarq tak sat Alorq Starq , hang tak dengarq ka? Apa
hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi Alorq Starq. Mentang-mentang hang
pakai unipom polis tu janganlah nak pelekeh orang tua cam aku ni.
Polis : Nak pi…pi lah…..
Pak Cik : Hah, tu kan senang, yang dok tanya banyak-banyak tu pasai apa,
saja cari pasai!!!!!
Si Gila
Suatu hari, seorang pesakit gila di Tanjung Rambutan diziarahi kaum
keluarganya. Apabila keluarganya hendak balik, pesaki gila telah berkata
kepada kawannya yang sama-sama gila.
Orang Gila 1 : Tengok tu, orang-orang gila tu dah nak balik.
Orang Gila 2 : Kenapa engkau kata mereka Gila?
Orang Gila 1 : Mereka tidak percaya yang aku nie Hang Tuah.
Orang Gila 2 : Tapi kau memang pun bukan Hang Tuah.
Orang Gila 1 : Apsal kau cakap aku bukan Hang Tuah?
Orang Gila 2 : Aku pernah bertarung dengan Hang Tuah di Istana Melaka, dia
tidak sedikit pun seperti kau.
Orang Gila 1 : Kau siapa sebenarnya?
Orang Gila 2 : Hang Jebat………
The Boss is Always Right
Seorang Bos ynag tidak pernah bermesyuarat dengan orang bawahanya telah
menggantungkan peratuan untuk dijadikan panduan.
Rule No. 1 : The Boss is Always Right
Rule No. 2 : If the Boss is Wrong, please REFER to rule No. 1.
Ponteng
Salim ingin ponteng sekolah, lalu dia berlagak sebagai bapanya an menelefon
pihak sekolah.
Salim : (Dengan suara kasar) Saya ingin memberitahu cikgu, yang Salim bin
Endot tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
Cikgu : Boleh saya tahu siapa bercakap?
Salim : Yang sedang bercakap ini bapa saya.
Mind Your Language
Seorang guru sering menggunakan bahasa kasar ketika mengajar, berkata;
Cikgu : Siapa yang rasa dirinya bodoh dalam kelas ni sila berdiri!
Tiada siapa yang berdiri. Dan cikgunya bertanya soalan yang sama lagi,
masih tiada yang berdiri. Namun, setelah beberapa ketika, seorang pelajar
berdiri.
Cikgu : Bagus! Tahu pun diri awak bodoh, Sekarang beritahu saya kenapa awak
rasa diri awak bodoh?
Pelajar : Sebenarnya saya tak rasa diri saya bodoh cikgu, tapi saya kesian
tengok cikgu berdiri sorang jer
C.I.N.T.A 17 Disember, 2007
Posted by saiey in Cinta.add a comment
.: RENUNGAN CINTA :.

Kepada yg masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.
Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.
Kepada / PLAYGIRL…
Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung �%9 UK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.
Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.
Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.
Kepada yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.
Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.
Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye…. .
.: 10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA :.

1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”
.: MENCINTAI & DICINTAI :.

Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi
sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup.
Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk
kita gapai…..
Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan
kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi
daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan
mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan
kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur
kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang
akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita
mengecewakannya? ?
Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam
percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada
sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana
keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak
Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…Bak kata
pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah
di tepi pantai “. Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi
cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.
Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila
kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika,
hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta So? Anda
mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagus
juga disayangi macam ni…..” , teruskanlah dengan pilihan yang ini…
Namun, andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia??” ,
Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi
Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta
pula…
Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum
pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan
tersenarai dalam “list” pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-
teman!!! Hahaha…
Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti .
Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan
cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan
pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah ,
ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak
Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya
berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada
saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan
cinta…
“Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan
kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita
belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang
lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri “….
The REAL malam pertama 17 Disember, 2007
Posted by saiey in Teladan.add a comment
Malam pertama ……….
Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?”
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”
Only He Know Best.. 17 Disember, 2007
Posted by saiey in Teladan.add a comment
Ha….baca kisah ni…..harap2 dpt jadi panduan & iktibar utk kita sama2 menginsafi perbuatan kita yg mungkin kdg kala keterlaluan.
Kisah Penjual Tempe
Bacalah….moga menjadi iktibar.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempu an tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin”
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Tuhan,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kit a sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi-NYA..
5 cara pilih sahabat 17 Disember, 2007
Posted by saiey in Teladan.add a comment
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu.”
“sampaikan! lah walau satu ayat” al hadis
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -
Bile budak aliran sains bercintan…. 17 Disember, 2007
Posted by saiey in Jenaka.add a comment
Bile pelajar aliran sains bercintan… ……
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
‘random’ yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.
Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.
Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6×10^23.
Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian… …..
Lawak sempoi 17 Disember, 2007
Posted by saiey in Jenaka.2 comments
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus… Mana abang kenal isteri dia?”
============ ========= ========= =========
Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut,lalu dia berkata, “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, lembik…macam taik.”Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taiktu, lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.”Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit… “MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!”
============ ========= ========= =========
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news….
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak.New baby! Ayo….saya manyak suka ati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : ???????????? ?
============ ========= ========= =========
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall.
Gadis : ” I’m sorry “
Pelancong : ” I’m sorry, too “
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : ” I’m sorry. three Pelancong : ” What are you sorry for? “
Gadis : ” I’m sorry, five “
============ ========= ========= =========
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
“Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?” tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
“Mmmm, tulis saja “Sayang tidak bertambah tua” di bahagian atas, kemudian
sambung dengan “Sayang cuma bertambah cantik” di bahagian bawah,” kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu: “SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.”
============ ========= ========= =========
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula ibunya.
Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm…. Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Camni Pun Ada Ke?, kuii..kuii.. 17 Disember, 2007
Posted by saiey in Jenaka.add a comment
Kat bawah nii ada satu kisah kelakor yang diciterkan oleh sorang
pompuan yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Bedah Redah! Citer
dia gini…
Sebagai seorang kakitangan kerajaan… bila hari jemaat aje aku suka balik umah.. pasal masa rehat dia panjang. Tapi hari Jemaat tu hujan dengan lebatnya… So? aku tumpang office mate aku sampai depan
umah.
Rumah aku ni berbukit sikit… Sebelum turun.. akak tu janji nak amik aku pukul 2.30 petang… Hujan kat luar masih lagi lebat… jam hampir ke 2.30 petang.. aku mandi dan semayang…. lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang amik aku. Jam dah kul 2.35 aku dah risau.. mana akak ni.. tak
sampai sampai lagi…office masuk kul 2.45 ptg.
Tunggu punyer tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! Keter proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah aku. Hujan punyerlah lebat… so aku amik surat kabo lipat tebal tebal takut tudung aku basah…lepas kunci pintu.. aku terus berlari turun…pasal rumah aku berbukit.. aku kene berlari hati hati..
Sampai aje kat keta… aku tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi kenapa akak tu tak jalan. aku toleh kat sebelah… Ler… rupanya orang lain!!!! aku tengok orang
tu..orang tu tengok aku…. Mulut orang tu siap ternganga lagi…
Ish… saper ni?! Camana aku boleh silap ni… abih tu.. kat luar ujan lebat.. takkan aku nak kuar.. aku dengan muka macam kerang busuk berkata,”Err. . bang boleh tulung hantar kat UTM tak?” Abang tu
pun…tak jawap apa2 agaknya pasal masih tergamam lagi.. terus angguk.
Sepanjang perjalanan aku diam… abang tu pun diam… masing masing masih gabra lagi.. aku lagi ler gabra. EnTah keter sapa aje aku main redah. aku malu.. bengang.. rasa muka aku dah di tepek-tepek ngan taik… aku berdoa semoga aku pengsan masa tu.. tapi sayang.. aku
tak pengsan pun.
Bila sampai kat destinasi… aku pun turun… lepas ucap tima kasih. Sampai kat opis aku tunggu kakak yang sepatutnya amik aku. Bila kakak tu sampai dia tanya aku, “Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?”
Maka aku citalah peristiwa yang sadis tu…. Ya Allah.. kakak tu punyerlah gelak gila kat aku… Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi itu cerita 3 tahun lepas… skang ni… Abang yang aku tumpang tu.. dah
jadi suami aku He..he..he..
Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami aku pun kata masa tu dia ingat aku nak rompak dia…. he..he.he.he. aku pun tanya kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah aku… Then.. dia kata
dia nak amik beg duit kat seat belakang tu pasal dia berenti. Tapi tau tau aku pulak yang masuk….. He..he..he.. sampai skang ni.. dia masih ejek aku lagi pasal perisitwa kureng tu…
Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe aku tak jumpa lagi suami aku yang sowang nih? ihiks!!
Moral drp citer ni : tumpang jer mana2 balak yg ada keta untung2 buleh buat laki….


