Lawak Pak Pandir 26 Januari, 2008
Posted by saiey in Jenaka.3 comments
Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.”
Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?”
“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.
==================================
Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis.
“Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”
==================================
Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……
=================================
Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…
=================================
Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..
=================================
Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem…..
==================================
pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.
alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun…
pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata – i am sorry. orang putih tu pun kata – i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la – i am sorry 3. orang putih tu penin, dia kata – what sorry 4.
pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab – i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata – i thing this man must be sick(6). pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba – i am sorry 7…..
pak pandir: mak andih.. oo mak andih..
mak andih : ya bang.. awat nya?
pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas kt
dapoq tu..
mak andih : pisang tak masak lagi bang..
pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?
mak andih : ????
=================================
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:
“Panasnya dalam helikopter ini …”.
Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
“Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”
================================
Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone …
“Wah Pak Pandir …ada handphone …ada coverage ka dekat sini …?”
Jawab Pak Pandir: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”
=================================
Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
“Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya.”
Tanya pegawai kesihatan:
“Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?”
Jawab Pak Pandir:
“Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)…”
==================================
Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu …
“Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah…RM20 sahaja.”
Tanya lelaki berkenaan : “Berapa longok semuanya?”
Jawab Pak Pandir : “Semuanya 20 longgok …”
=================================
Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti …..
“Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?
Jawab manager : “Cuti seminggu …oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.
Tanya si manager : “Kenapa dua minggu cuti?”
Jawab Pak Pandir : “Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah …
Sedikit ilmu yang hendak disampaikan dan dikongsikan bersama…!! 26 Januari, 2008
Posted by saiey in Informasi.1 comment so far
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah…
Exercise lidah..hehe.. 26 Januari, 2008
Posted by saiey in Jenaka.add a comment
Cerita yg bermula dengan huruf K:
Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam,
Kodok, kata kepada Ketam, “Kenapa kau ketip
kuku kaki kau,Ketam… kenapa?” Ketam kata,
“Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku
kelurut… kakakku kata, kalau kukuku kelurut,
kita kena ketiplah!”
Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,
“Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip
kenapa keluar kudis?” Ketam ketawa,
“Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..
Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa
kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?”
Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau
ketawakan ku?” Ketam kilas, “Kelakar.”
“Kelakar ke kurang-ajar?” kata Kodok. Kerana
kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok
kepala ketam kuat kadar kilat. “kelekuk ! “,
kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.
Ketam kata, “Kodok.. Kodok.. kenapa kau
keperok kepalaku? Kan kesakitan.” Kesian
Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena
keperok.
P/S : Sebelum baca … sila buat exercise utk
lidah dulu ….
copot cahabat ciput
Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil
cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came
copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput
came copot cari cengkerik, ciput cakcikan
catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan
cangat cerah campai ciput came copot cilau.
cahaye cerah cube culik copot. ciput cangat
cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum
cehaye cerah cempat culik copot. copot
cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat
cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi.ciput
came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye
cahaye cerah cucah cari ciput came copot.
ciput cakap came copot, “chuuu… chuuu…
cenyap… cenyap copot…”. copot cambung
cakap, “copot cudah cenyap… ciput cenyap
camelah…”. celepas cejam, cahaye cerah cudah
chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput
came copot cangat cuke cebab cahaye cerah
cudah chow. copot cenyum cambil cakap, “copot
cayang ciput cebab ciput celamatkan
copot…”. ciput cenyum cambil chow came
copot… cekian…
cekian
Blood Group 20 Januari, 2008
Posted by saiey in Informasi.add a comment
Did You Know?
|
||||||||||||||||||||
|
|
|
Does Your Blood Type Reveal Your Personality? |
|
According to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate? |
|
TYPE O |
You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive. |
|
TYPE A |
You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax. |
|
TYPE B |
You’re a rugged individualist, who’s straightforward and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakne ss. |
|
TYPE AB |
Cool and controlled, you’re generally well liked and always put people at ease. You’re a natural entertainer who’s tactful and fair. But you’re standoffish, blunt, and have difficulty making decisions. |
MOST IMPORTANT INFO NOW:
|
You Can Receive |
||||||||
|
If Your Type Is |
O- |
O+ |
B- |
B+ |
A- |
A+ |
AB- |
AB+ |
|
AB+ |
YES |
YES |
YES |
YES |
YES |
YES |
YES |
YES |
|
AB- |
YES |
|
YES |
|
YES |
YES |
|
|
|
A+ |
YES |
YES |
|
|
YES |
YES |
|
|
|
A- |
YES |
|
|
|
YES |
|
|
|
|
B+ |
YES |
YES |
YES |
YES |
|
|
|
|
|
B- |
YES |
|
YES |
|
|
|
|
|
|
O+ |
YES |
YES |
|
|
|
|
|
|
|
O- |
YES |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah kehidupan… 17 Januari, 2008
Posted by saiey in Teladan.2 comments
Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang s aya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat
pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika dinisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.
Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tida k suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pand angan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan
langsung untuk mencari keberkatan hidup.
Insaf aku.. 15 Januari, 2008
Posted by saiey in Teladan.add a comment
anda harus menjawabnya dengan tepat.” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”
Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”
“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?” “Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”
Setelah membaca Basmalah dia berkata,
Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada
Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh
kali lipat.” (Al-An’am: 160).Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang
terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98) Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’:69).Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut.
Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu’ah al-Qishash al-Waqi’ah melalui
internet, <http://www.gesah.net/> www.gesah.net
NOTA:
ni adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir
bukan senang nak senang
bukan susah nak susah
Jenis-jenis hantu 15 Januari, 2008
Posted by saiey in Jenaka.12 comments
Jenis2 hantu
1. Hantu Raya – Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di
dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk
pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat
menginapnya disyaki di balai – balai raya.
2. Hantu Langsuir – Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu
datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.
3. Hantu Stokin – Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga.
Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin
sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.
4. Hantu Jerangkung – Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia
bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan
menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk
itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang… ..kung’, jadilah Hantu Jerangkung.
Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada
lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.
5. Hantu Pontianak – Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr.
Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung
selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak – Ponti punya anak -
Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,
anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi!
Pontianak … Lekatlah nama pontianak .
6. Hantu Penanggal – Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan
kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak.
Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung.
Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari… ..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu
yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai
semahunya.
7. Hantu Pocong – Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin
Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia
mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
8. Hantu Kom-Kom – Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka
main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..
disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,
komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..
shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja… samala macam korangggg!!!!
hehehe… ..
Hari-hari Penting dalam Islam 15 Januari, 2008
Posted by saiey in Teladan.add a comment
|
TARIKH
|
HARI2 PENTING
|
GANJARAN
|
|
1hb Syawal
|
“Haram berpuasa pada hari ini” Puasa Enam(Sunnah) – Berpuasa 6 hari selepas Aidilfitri dalam bulan Syawal.
|
Berpuasa dibulan Ramadan, kemudian melakukan 6 (puasa) dalam Syawal, adalah seperti puasa sepanjang tahun.
|
|
Bulan Zulkaedah
|
Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Medinah menuju ke-Mekkah untuk menunaikan Haji Wida’ (Haji penghabisan) baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.
|
Sesiapa yang keluar mencari ilmu pengetahuan (Agama)*, dia di dalam perlindungan Allah sehingga dia pulang. * Jika orang itu mati ketika pencariannya itu, dia mati syahid.
|
|
1hb Zulhijjah
|
Allah mengampuni Nabi Adam ‘Alaihis salam.
|
Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.
|
|
2hb Zulhijjah
|
Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus ‘Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.
|
|
3hb Zulhijjah
|
Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah ‘Alaihis salam.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.
|
|
4hb Zulhijjah
|
Nabi Isa ‘Alaihis salam dilahirkan.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia.
|
|
5hb Zulhijjah
|
Nabi Musa ‘Alaihis salam dilahirkan.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.
|
|
6hb Zulhijjah
|
Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.
|
|
7hb Zulhijjah
|
Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripadanya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.
|
|
8hb Zulhijjah
|
Hari Tarwiyah.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.
|
|
9hb Zulhijjah
|
Hari Arafah
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: “Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni’matku kepadamu”.
|
|
10hb Zulhijjah
|
Hari Raya Aidiladha Haram berpuasa pada hari ini.
|
Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.
|
|
|
|
Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:”Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah. Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka. Maka saya berhenti sambil berfikir. Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: “Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini”.
|
|
Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram
|
|
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberikan baginya tebusan dosa selama 50 tahun”. Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:“Sungguh Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah”. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya”.
|
|
10hb, 11hb, 12hb &13hb Zulhijjah
|
Hari-hari yang diharamkan berpuasa
|
|
|
Bulan Safar
|
Peperangan Bani Khaibar & Bani Qianuqak
|
Berpuasa selang hari “Puasa Sunnah yang terbaik diantara puasa-puasa Sunnah dalm setahun”.
|
|
2, 3 & 4hb R’awal 12hb R’awal
|
Peristiwa persembunyian Rasulullah s.a.w. & Sayyidina Abu Bakar di Gua Hira untuk berhijrah keMedinah. Hari keputraan Rasulullah s.a.w.
|
Doa seseorang hamba yang berpuasa, akan diterima oleh Allah.
|
|
Bulan R’akhir
|
Peperangan Jamal(Unta) – perang saudara pertama dalam sejarah Islam
|
Sesiapa yang berpuasa sehari dijalan Allah, akan meletakkan sebuah parti diantara dirinya dan api neraka sebesar jarak diantara Langit & bumi.
|
|
8hb Jamadilawal
|
Kelahirann Sayyidina Ali bin Abi Talib
|
Berpuasa pada 3 hari iaitu 13hb, 14hb & 15hb dalam sebulan, adalah seperti berpuasa untuk satu bulan.
|
|
8hb Jamadilakhir
|
-Perlantikan Sayyidina Umar alKhattab sebagai khalifah ke2 -Berlakunya peperangan Yarmuk dizaman Khalifah Umar alKhattab tahun 13 Hijrah
|
Sesiapa yang berpuasa dijalan Allah, akan dijauhkan mukanya dari Api neraka sejauh jarak 70 tahun.
|
|
26hb & 27hb Rejab
|
Berlaku peristiwa Israk dan Mikraj.
|
Setiap perkara itu ada dikenakan Zakat, dan Zakat bagi badan itu adalah Puasa.
|
|
15hb Syaban
|
-Nisfu Syaban. -Penukaran qiblat dari Masjid alAqsa diBaitul Muqaddis ke Kabah .
|
Barang siapa berpuasa dari 13hb hingga 15hb dengan ketaqwaan & mengharapkan balasan(diakhirat), segala dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.
|
|
Bulan Ramadan
|
-Bulan yang difardhukan keatas umat Islam mengerjakan ibadat Puasa. -Nuzul Al-Qur’an pada 17hb. -Berlaku peperangan Badar pada 8hb tahun ke2 Hijrah -Penyempurnaan pembukaan Kota Mekkah pada 10hb.
|
|
Hari Kiamat semakin hampir… 7 Januari, 2008
Posted by saiey in Teladan.add a comment
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
~ dah jadi dah…
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
~ dah nampak dah…
3) Bermaharajalela alat muzik.“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka”. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita” – Ibnu Majah
~ S’pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²…
“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah…
tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
2 orang mulia” – Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon ….
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)…
10) Bulan sabit kelihatan besar.“Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok…
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie…
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq …
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²” – Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…
jangan sambut 1 january 7 Januari, 2008
Posted by saiey in Teladan.add a comment
Jangan Sambut 1 Januari!! (new year) .. nauzubillah’
Jadi renungan bersama
Subject: Jangan sambut 1 januari … Kenapa??
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin .
Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..
Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk
Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika
engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu
yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepada mu.
Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :
matKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam
dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur,
malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan
menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka
menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang
kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita …
Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini
ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah “AnnoDomini”
bahasa Latin yang bermaksud “Anno” ialah aku/saya dan”Domini” ialah tuhan
dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai”… beberapa hari
setelah tuhan aku dilahirkan. “Nauzubillah … . Insaflah kita kerana
secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW
seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.
Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun
baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar,
Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa
menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi &
Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka
yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.
Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang
sertasalah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.
Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan
diberikan hidayah’
berpesan pesanlah kamu walaupun dengan sepotong ayat…


