Hari-hari Penting dalam Islam 15 Januari, 2008
Posted by saiey in Teladan.trackback
|
TARIKH
|
HARI2 PENTING
|
GANJARAN
|
|
1hb Syawal
|
“Haram berpuasa pada hari ini” Puasa Enam(Sunnah) – Berpuasa 6 hari selepas Aidilfitri dalam bulan Syawal.
|
Berpuasa dibulan Ramadan, kemudian melakukan 6 (puasa) dalam Syawal, adalah seperti puasa sepanjang tahun.
|
|
Bulan Zulkaedah
|
Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Medinah menuju ke-Mekkah untuk menunaikan Haji Wida’ (Haji penghabisan) baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.
|
Sesiapa yang keluar mencari ilmu pengetahuan (Agama)*, dia di dalam perlindungan Allah sehingga dia pulang. * Jika orang itu mati ketika pencariannya itu, dia mati syahid.
|
|
1hb Zulhijjah
|
Allah mengampuni Nabi Adam ‘Alaihis salam.
|
Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.
|
|
2hb Zulhijjah
|
Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus ‘Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.
|
|
3hb Zulhijjah
|
Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah ‘Alaihis salam.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.
|
|
4hb Zulhijjah
|
Nabi Isa ‘Alaihis salam dilahirkan.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia.
|
|
5hb Zulhijjah
|
Nabi Musa ‘Alaihis salam dilahirkan.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.
|
|
6hb Zulhijjah
|
Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.
|
|
7hb Zulhijjah
|
Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripadanya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.
|
|
8hb Zulhijjah
|
Hari Tarwiyah.
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.
|
|
9hb Zulhijjah
|
Hari Arafah
|
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: “Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni’matku kepadamu”.
|
|
10hb Zulhijjah
|
Hari Raya Aidiladha Haram berpuasa pada hari ini.
|
Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.
|
|
|
|
Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:”Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah. Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka. Maka saya berhenti sambil berfikir. Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: “Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini”.
|
|
Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram
|
|
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberikan baginya tebusan dosa selama 50 tahun”. Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:“Sungguh Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah”. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya”.
|
|
10hb, 11hb, 12hb &13hb Zulhijjah
|
Hari-hari yang diharamkan berpuasa
|
|
|
Bulan Safar
|
Peperangan Bani Khaibar & Bani Qianuqak
|
Berpuasa selang hari “Puasa Sunnah yang terbaik diantara puasa-puasa Sunnah dalm setahun”.
|
|
2, 3 & 4hb R’awal 12hb R’awal
|
Peristiwa persembunyian Rasulullah s.a.w. & Sayyidina Abu Bakar di Gua Hira untuk berhijrah keMedinah. Hari keputraan Rasulullah s.a.w.
|
Doa seseorang hamba yang berpuasa, akan diterima oleh Allah.
|
|
Bulan R’akhir
|
Peperangan Jamal(Unta) – perang saudara pertama dalam sejarah Islam
|
Sesiapa yang berpuasa sehari dijalan Allah, akan meletakkan sebuah parti diantara dirinya dan api neraka sebesar jarak diantara Langit & bumi.
|
|
8hb Jamadilawal
|
Kelahirann Sayyidina Ali bin Abi Talib
|
Berpuasa pada 3 hari iaitu 13hb, 14hb & 15hb dalam sebulan, adalah seperti berpuasa untuk satu bulan.
|
|
8hb Jamadilakhir
|
-Perlantikan Sayyidina Umar alKhattab sebagai khalifah ke2 -Berlakunya peperangan Yarmuk dizaman Khalifah Umar alKhattab tahun 13 Hijrah
|
Sesiapa yang berpuasa dijalan Allah, akan dijauhkan mukanya dari Api neraka sejauh jarak 70 tahun.
|
|
26hb & 27hb Rejab
|
Berlaku peristiwa Israk dan Mikraj.
|
Setiap perkara itu ada dikenakan Zakat, dan Zakat bagi badan itu adalah Puasa.
|
|
15hb Syaban
|
-Nisfu Syaban. -Penukaran qiblat dari Masjid alAqsa diBaitul Muqaddis ke Kabah .
|
Barang siapa berpuasa dari 13hb hingga 15hb dengan ketaqwaan & mengharapkan balasan(diakhirat), segala dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.
|
|
Bulan Ramadan
|
-Bulan yang difardhukan keatas umat Islam mengerjakan ibadat Puasa. -Nuzul Al-Qur’an pada 17hb. -Berlaku peperangan Badar pada 8hb tahun ke2 Hijrah -Penyempurnaan pembukaan Kota Mekkah pada 10hb.
|
|



Komentar»
No comments yet — be the first.