Dari mata turun ke hati~

Jenis-jenis hantu

Posted on: 15 Januari, 2008

Jenis2 hantu

1. Hantu Raya – Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di
dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk
pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat
menginapnya disyaki di balai – balai raya.

2. Hantu Langsuir – Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu
datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin – Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga.
Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin
sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung – Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia
bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan
menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk
itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang… ..kung’, jadilah Hantu Jerangkung.
Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada
lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.

5. Hantu Pontianak – Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr.
Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung
selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak – Ponti punya anak -
Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,
anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi!
Pontianak … Lekatlah nama pontianak .

6. Hantu Penanggal – Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan
kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak.
Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung.
Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari… ..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu
yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai
semahunya.

7. Hantu Pocong – Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin
Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia
mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom – Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka
main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..

disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,

komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..

shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja… samala macam korangggg!!!!

hehehe… ..

14 Respons to "Jenis-jenis hantu"

serem amat.. hantu sampe ada jenis-jenisnya…

hahahahahahahah…………………………lawaknya HANTU kom-KOM 2 ye………hehehehe………i like………very nice

hahahahaha………….lucunya HANTU kom-KOM 2 ye…………hehehehehehe very nice

Dengar macam takut…..tapi bila baca kelakarlah pula.Ada ceritalah nak kongsi ada kawan, kitalah name dia ida dia pergi menari lepas tu dia nak masuk kelas dia cakap Asalamualaikum…..masa tu ada cikgu,cikgu tak dengar lepas tu cikgu marah dia kata kom-kom…..nak jadi hantu kom-kom ke lucu bukan

hahaaaaaaaaa…lawak222222222222222

korang meang pandai ark wat lawak….

ampey wak jd antu KOM-KOM

klakor gler

woi ko nie kalo org carie serius camna? emangnya kita dasar begok apa

tapi emang lawok. but lu pikirlah sendiri. anyway i enjoy tis web

hat ni hantu lawak sronok juga

xbest angsung,b0ring lar bace..wang mase

ngarut la…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Authors

Blog Stats

  • 38,800 visitors

What this blog for?

Just to read Just to laugh Just to know Just to learn Just to enjoy and.. Just for fun!~ :)

Who’s online now?

page counter

How much my blog worth?


My blog is worth $1,129.08.
How much is your blog worth?

Visitor location

Visitor’s from?

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: