jump to navigation

Lawak telinga!! hehe 7 Februari, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
3 comments

Ali dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

 

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Ali bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

 

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”

“Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam” jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Ali mengusirnya keluar dari pejabat.

 

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Ali bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?” “Ya … saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya.” puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Ali berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.

 

Seperti calon terdahulu Ali bertanya soalan serupa. “Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”

“Ya. Awak pakai contact lens,” jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Ali gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

 

“Bagaimana awak tau” tanya Ali lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,” Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana”. Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!”

 

Cerita aku lagi sedih!! 7 Februari, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
1 comment so far

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi….

Si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

Si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

Si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

Si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih

aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita….

Si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

Si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang…bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

Si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi sedihhhh punya.

Si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?

Si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…

Si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

Si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA…. UWAAAAAA

Moral of the story….jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

Lawak petang..kui kui kui! 7 Februari, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
add a comment
Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota..
Apabila sampai di tempat persembunyian… mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang
yang telah dicuri tadi..
“Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!” kata bos
Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat
hendak mengira kesemua sekali…
Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata..
“Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini”
———————————————————————————————————————-
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
“kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..
Ahli Falsafah mula berkata..
“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…”.
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
“Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…”
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…
Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
“Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..”.
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!”. kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
“Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..”.

“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!”.
Pelawak itu kemudian dibebaskan..

————————————————————————————————————————-

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda lalu bertanya,

“Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?

“Oh, boleh saja” kata gembala itu.

Orang itu berkata, “Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?”
“Yang mana, yang putih atau yang hitam?” tanya gembala.
“Yang putih.”
“Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.”
“Dan yang hitam?”
“Yang hitam pun sama.”

“Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?”
“Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
“Yang putih.”
“Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.”
“Dan yang hitam?”
“Yang hitam pun sama.”

“Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?”
“Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
“Yang putih.”
“Aaa…menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.”
“Dan yang hitam?”
“Yang hitam pun sama.”
Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya, “Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dgn yg hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja” Gembala itu menjawab, “Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.”
“Ooo, begitu,” pahamlah si penanya tu, “…kalau yang hitam tu pulak siapa punye?”
“Yang hitam pun sama,” kata gembala itu.