jump to navigation

1001 persoalan kenapa lelaki / perempuan masih membujang 18 April, 2008

Posted by saiey in Cinta.
2 comments

1.”Duit dah tak ada”. Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama

2. “Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin”. Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”. Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4.”Tak datang seru lagi kot”. Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

5.”Banyak sangat halangan”. Padahal diri belum bersedia.

6.”Belum bersedia la”. Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. “Ilmu tak cukup la”. Padahal dah ada master atau PHD.

8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”.Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan tak pernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.

9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.Padahal tak reti pon nak bercinta.

10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.Padahal tak buat kerja apa pon.

11.”Busy la, banyak keje nie”. Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

12.”Jodoh tak sampai lagi kot”.Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

14.”Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir”.Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

16.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17.”Lelaki nie suka pasang ramai org sangat”. Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

18. “Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”. Padahal pentingkan diri- sendiri.

19. “Nak carik yang solehah/soleh lah”.Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.

20. “Suka yang pakai tudung labuh je”. Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.

21. “Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat”. Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.

22. “Masalah la”. Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah….

24. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”. Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

25. “Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit”.Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

26. “Payah la nak jaga hati masing-masing”.Padahal makan hati banyak sangat,sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.dan sebagainya.

27. “Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat. Memang dah tak ader jodoh kot”. Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita daripada org lain,suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka berjudi, suka tikam nombor ekor dll .

30. “Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah”. Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah……………………………….

10 sikap wanita yang disukai lelaki 18 April, 2008

Posted by saiey in Cinta.
4 comments

Sekadar renungan buat kita semua…

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan.

Keanak-anakan

Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada
dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan
serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Kenapa aku letih bekerja??? 17 April, 2008

Posted by saiey in Informasi.
add a comment

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja….

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku…

Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung… jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit…. dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak…

Usia Pernikahan Mempengaruhi Kemesraan… betul ker?? 16 April, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
1 comment so far

Sebelum Tido

6 minggu: Selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach

6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.

6 tahun : Sana sikit lah… tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, u  masuk ler dulu, i tak kisaaahhh

6 bulan: Masih lama lagi ke nih?

6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang.

6 bulan: Trafik jam aah

6 tahun: K..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.

6 bulan: Of course I love U.

6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:

6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih…

6 bulan : I’m BACK!!

6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu : Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni

6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah

6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih

6 bulan : Eh…your call…

6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH….ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka i, pandai u masak.rasa pun sedapppppp…!!!

6 bulan: Kita makan apa malam ini??

6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Jatuh barang

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye

6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.

6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pun tak paham2!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu

6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?

6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?

6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ….senang sikit tak perlu naik flight…

6 tahun: JALAN-JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!

Tonton TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?

6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.

6 tahun:  JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!

Lawak untuk iktibar..renung2kan~ 16 April, 2008

Posted by saiey in Jenaka, Teladan.
1 comment so far

Bayangkan benda ini berlaku pada anda….. Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas? selain terhibur anda fikirlahlah…

” Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… ”

” Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dahsyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan??? Kenapa gelak?? tu kan realiti..
Wallahualam..sampaikanlah walau satu ayat…