jump to navigation

Lagi-lagi lawak..haha 26 Mei, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
add a comment

Panik
====

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.
Tiba-tiba seorang menjerit..
“Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!”

Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap… dari tingkat 13 itu. Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak ada isteri.. setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar
yang dia belum berkahwin.. Dan ketika dia hampir menyentuh tanah…. barulah dia
sedar yang namanya bukanlah Omar..

:] kih…kih…kih…

RAGAM PEMANDU TEKSI
===================

Dalam sebuah teksi yg menuju bandar,seorg penumpang bertanya kpd pemandu teksi tersebut. Lantas dia menepuk bahu pemandu teksi dgn perlahan. Tiba-tiba pemandu teksi itu menjerit dan tak dapat mengawal
kenderaannya,hampir dia melanggar sebuah bas. Nasib baik teksi itu sempat berhenti. Untuk beberapa ketika suasana sepi, kedua-duanya cemas. Kemudiannya pemandu teksi berkata,..
“Hei … Mat jangan buat macam tu lagi. Awak buat saya takut.
“Penumpang itu minta maaf sambil berkata,”saya tak sangka awak takut macam tu sekali. Saya cuma tepuk sikit je bahu awak.”
Pemandu itu menjawab, “Maaf, sebenarnya itu bukan salah awak. Hari ini hari pertama saya kerja bawak teksi … sebelum ini hampir 25 tahun saya bawak kereta mayat.

Cerita untuk hilang mengantuk ….
=========================

Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit jiwa…. berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas.

Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari….barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yg hairannya… beliau melihat pesakit itu..menyanyi dalam keadaan terlentang….. tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula…. sambil menyanyi

Doktor itu terus bertanya ” Kenapa awak tadi terlentang…. tapi sekarang meniarap pula”

Lalu pesakit itu menjawab ” Oooo tadi Side A… ini Side B pulak “

3 B
====

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : “Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?
Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…”

Ustaz : “Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?”
Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,
penyayang dan menyintai saya sepenuh hati…”

Ustaz : “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ‘3B. ‘B’ yang
pertama adalah ‘BERUSAHA’… apakah kamu sudah banyak berusaha?”

Pemuda : “Susah terlalu banyak Ustaz… sudah merata tempat saya pergi
untuk mendapat seorang gadis..”

Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’
dan juga ‘BERPUASA’

Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang… saya
juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis …..”

Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yg ketiga.”

Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”

Ustaz : “BERCERMIN!”

Lawak2..haha 26 Mei, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
add a comment

Nendaku….

Chep(Nama samaran) bagitau tunang dier Lara Croft(Juga nama samaran) teringin nak jumpa nenda Lara. Satu hari, Lara berkesempatan memperkenalkan Chep kepada nendanya. Sambil duduk menunggu, Chep mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenda Lara keluar lalu Chep bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, “Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi.” Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenda Lara berkata, “Takpe, Lara memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu.”

BILA BESAR NANTI…

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.

“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

Panadol

Dua orang sahabat.. tinggal sebilik… Bidin dan Budin.. dua-duanya pun ala2 tak betul gak ler.. tapi masih saling concern meng’concern’ la kan..

Di satu pagi.. Bidin melihat rakannya, Budin.. sedang membuat kopi…kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya.

Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada si Budin… Bidin : ” Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?”.

Budin : ” Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..”.

Cara nak kenal pompuan~ 17 Mei, 2008

Posted by saiey in Cinta.
3 comments

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Ji! ka kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

20 perkara yg membuatkan wanita benci lelaki! 17 Mei, 2008

Posted by saiey in Cinta.
add a comment

Guys! Take note!!

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka…macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii…lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik,berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,alamatnya…
mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat,bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’.Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan…apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun,seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN

Aduiii…masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang!Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau
dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini,naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak…asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak…membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor.Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant
dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau??
Entahlah…hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu,alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya
sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak
perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Note: cam ada tak cukup satu jer hehe10x :)