Lawak cikgu Ibrahim dan Man Dol 26 Julai, 2008
Posted by saiey in Jenaka.1 comment so far
PART I
Che’gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che’gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot.
Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che’gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che’gu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. “Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah”. “Oh Che’gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che’gu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.
PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che’gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.
Che’gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che’gu Berahim pun bertanya,
Che’gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.
PART III
Che’gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Che’gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek didapur.
Che’gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu…. Che’gu nie tak sekolah ke hape??
PART IV
Seperti biasa, Che’gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che’gu Berahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab”cara berwudhuk”. Selepas mengajar, beliau (Che’gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che’gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che’gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che’gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che’gu : Allahhuakbarr!!!
PART V
Che’gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che’gu
Che’gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che’gu
Che’gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che’gu…
Che’gu Berahim: uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..
Perbezaan antara lelaki dan perempuan 26 Julai, 2008
Posted by saiey in Cinta, Informasi.4 comments
Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
… & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.
Ucapkan I Love U dalam pelbagai bahasa! 19 Julai, 2008
Posted by saiey in Cinta, Informasi.add a comment
Albanian – Te dua!
Arabic – Ohiboke (m to f) Nohiboka (f to m)
Bengali – Ami tomake bahlobashi!
Bosnian – Volim te!
Croatian – Volim te!
Czech – Miluji te!
Danish – Jeg elsker dig!
Dutch- Ik hou van je!
Filipino – Iniibig kita!
Finnish – (Mä) rakastan sua!
French – Je t’aime!
German – Ich liebe dich!
Greek – S’ayapo!
Hawaiian – Aloha wau ia ‘oe!
Hebrew – Anee ohev otakh (m to f), Anee ohevet otkha (f to m)
Hindi – Mai tumase pyar karata hun (m to f), Mai tumase pyar karati hun (f to m)
Hungarian – Szeretlek!
Icelandic – Eg elska thig!
Japanese – Kimi o ai shiteru!
Korean – Dangsinul saranghee yo!
Malaysian – Aku cinta padamu!
Norwegian – Jeg elsker deg!
Polish – Kocham ciebie!
Portuguese – Eu te amo!
Romanian – Te iubesc!
Russian – Ya tyebya lyublyu!
Spanish – Te amo!
Swedish – Jag älskar dig!
Turkish – Seni seviyorum!
Ukrainian – Ya tebe kokhayu!
Vietnamese – Anh yeu em (m to f), Em yeu an (f to m)
Yiddish – Kh’hob dikh lib!
Zulu – Ngiyakuthanda!


