Dari mata turun ke hati~

Perbezaan antara lelaki dan perempuan

Posted on: 26 Julai, 2008

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:

… & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi
– Cara berfikir
– Tahap kepekaan dan perasaan
– Tanggapan
– Tindakan dan perbuatan
– Kaedah mempamerkan kasih sayang
– Kehendak mempamerkan kasih sayang
– Kehendak dan pengharapan
– Cara mempamerkan penghargaan
– Cara dan tahap pengorbanan
– Cara dan daya khayalan
– Daya pengamatan dan konsentrasi
– Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.

16 Respons to "Perbezaan antara lelaki dan perempuan"

Entri yang sangat menarik…he he he…

————————-
Kalam Abu Musaddad
http://ibnismail.wordpress.com

Dpt dari men are from mars, women are from venus ye ??

a’ah..best sgt2 buku tuh..bacalah..hehe

macam mane lelaki hendak memahami perempuan…mcm mane hendak mberikan kepecayaan diri sorg lelaki terhadap permpuan

betul2…tanpa perempuan hidup lelaki tkkan sempurna…so lelaki kene ar terima kenyataan tersebut…

goood,,
but,…
ssah d mngrti org awam

apa beza di antara emosi dan perasaan??

begitu gak.. hidup pompuan xkan sempurna tanpa lelaki..

hidup lagi makin sempurna dgn 4 org perempuan, hehe..

gatai nye ko…

ramai yang beranggapan pmp peka, tapi sebaliknya diorang ni selalunya cepat menggelabah dan hilang kepekaan mereka tersebut…kalau pmp jenis peka xde nya bawak kreta langgar sana sini…….

alamak!,.kana cap gatal lae tuh,.ihihihih.,.

I Love this article..
Perbezaan yg ditunjukkn kt sini bukan bertujuan utk membandingkn kaum hawa dan Adam semata-mata…dan bukan utk melagakan kedua-dua kaum ini.
Sekurg-kurgnya lepas ni kita akan lebih fhm tentang lelaki/wanita.
Hakikatnya kedua-duanya pon ade kekurangan n kelebihan msing2..
n kedua-duanya memerlukan antara 1 sama lain..^^

kenyataan atas adalah benar.
Di situ lah perbezaan lelaki dan perempuan ..

like my teacher say boyz like almari……mnkla gurlz akn lbih mdah citer dy pnya prob…..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Authors

Blog Stats

  • 38,376 visitors

What this blog for?

Just to read Just to laugh Just to know Just to learn Just to enjoy and.. Just for fun!~ :)

Who’s online now?

page counter

How much my blog worth?


My blog is worth $1,129.08.
How much is your blog worth?

Visitor location

Visitor’s from?

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: