Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka? 3 September, 2009
Posted by saiey in Teladan.Tags: insaf
add a comment
Renungan untuk kita bersama
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu’alaikum. “
Isteriku… 20 Ogos, 2009
Posted by saiey in Cinta, Teladan.1 comment so far
08:37:58 +0800 Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Ku tatapi wajah ’sahabat’ akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya…
Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak..walaupun cuma seorang. Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal.Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua tahun lalu; “Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah- mudahan dimakbulkan doa anda berdua .Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini.
Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ….Pasti! Huda….bangun.,…jom kita solat.” Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat …. Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah ‘anak-anak nya….Ahh.aku sayang padamu Huda .Akhirnya , aku bangun sendiri.
Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah (al A’raaf : 189 ) yg bermaksud : ” ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur..” Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada di belakangku.. Wajahnya masam,..merajuklah tu. Ku renung wajahnya dengan riak lucu.” Kenapa ni.? Muncungya mulut..” usikku dalam nada separuh berbisik …. Semakin menjadilah rajuknya “kenapa abang tak kejutkan Huda.? “Protesnya… Aku tersenyum cuma. “Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar..” Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. “Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah.” Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan ~*~*~*~*~*~*~*~*~
Petang itu , sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : ” Abang…..nikah jelah satu lagi” Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini . sanggupkah aku memikul bebanan ini ….? “Hai.tak takut cemburu ke..? Umpanku pula.. “Cemburu…..emmm itukan memang fitrah manusia bang..takkan Huda tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang , kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar. “Hai.takkan tak cukup lagi ‘anak-anak’ di tadika..? “Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. “Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?” umpanku lagi.. “Kahwin satu lagi..” Kalau tak dapat anak juga,..?” Usikku terus. “Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!” Jawab Huda dalam nada semakin kendur. “Huss..Huda sayang ! Jangan merepeklah .
Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya..” Ku tamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya..Kudakap erat Huda,…ada titisan panas yg membasahi dadaku..Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh ..umurku sudah merangkak 33 tahun …Uban di kepalaku sudah meningkat bilangnya …Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu . Tak pernah pudar.
Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini ….Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku, ..dengan nada manja sambil berkata..: ” Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita ..” Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya. “Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah..” Protes Huda separuh merajuk. “Oklah sayang.” Kupendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. ” Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu. kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.. “Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!” Huda hamill..!! Masya Allah,..setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras.
Kurangkul Huda seerat-eratnya Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini,..tangisan SYUKUR..! “kenapa jumpa doktor tak bagi tau abang..?” Tanya ku seperti memprotes.. “Kalau beritahu tak surprise lahhh.” Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan.Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan ‘kewajipan saham akhirat’.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejak berita itu diterima,kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..Biarkan dia menjadi ibu yang ‘luarbiasa’ ibu yang ‘luarbiasa’ akan melahirkan anak yang ‘luarbiasa’ ..ketika aku tetapi meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah panjang. Abang sayang,abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya..Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,..kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,.kita kena latih dia sejak dalam kandungan..
Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini ,..bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan kan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..’Stop’.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam..Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa,..Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya,..panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 mei,..hari ni baru 26 april,.Aku panik.. Aku segera membawa huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang untuk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir.
Ya Allah.selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku berulang kali Encik Saifuddin..?”..Dr Khadijah,..pakar sakit puan rujukan isteriku,..
Ya,..saya doktor,..” sahutku cepat..Ku hampiri Dr Khadijah.. Boleh kita berbincang sebentar,,..” Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,..
Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman..Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah..Puan Huda perlu dibedah segera..” “Bedah..?” “Buatlah apa yang sewajarnya doktor..Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?” Tanyaku dng nada separuh ketar.bimbang. “saya akan cuba sedaya upaya,..untuk menyelamatkan kedua-duanya,..Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa ..” Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..
Ya allah, .selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku,.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,..tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik ,..aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya.
Encik Saifudin..?” “Ya..saya..” “Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya.” kata Dr Khadijah tenang,.. Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?” Dr, Khadijah terdiam ..tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,..Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,.. Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika,.. “Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,.Tapi Allah lebih menyayangi Huda,..” Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung, .Perlahanaku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh ditutup dgn kain putih terbaring,..Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainna ilaihi raji’unnnn..DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Huda pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa kesedari ku dakap Huda seerat-eratnya..tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! “
Sabar encik Saifudin,..sabar..” Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,.. “Nurse,..tolong bawa anak encik saifudin..” katanya lagi,.. seorang bayi mungil yg masih merah di hulurkan dihadapanku,..perlahan kuambil dan kudakap bayi itu,.Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matanya,..hidungnya,..mulutnya,..Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak.. tangisanku semakin menjadi-jadi,.. Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,..Iqamahkan anakmu saifuddin,..sambutlah yang hadir,..doakanlah yang kembali..” Huda,..rupanya inilah hikmah Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu,hampir selama lapan tahun,.. untuk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakn gantinya,. Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,.. Tidak,..Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui,.. Lagi Maha Pengasih,..Selamat jalan Huda,.. Ya Allah berilah aku petunjuk Mu…kuatkanlah iman ku ya Allah….tabahkanlah hati ku Ya Allah berilah aku ketenangan dalam menempuh hidup ini Ya Allah…….Amin Ya Rabbal Alamin…..
Allah selamatkan saya ketika derita… 8 Ogos, 2009
Posted by saiey in Teladan.Tags: insaf, kehidupan, Teladan
add a comment
| Azamin Amin Wed | Jul 22, 09 | 12:31:33 pm MYT |
| Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.
“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara. Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata. Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. “Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja. “Roti canai…” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula. Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Tidur untuk menahan lapar Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi. Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini. Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi. “Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu. Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah. Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota. Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah. Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita. Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari. ‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’ Saya bekerja di bahagian ’script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari. Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena. “Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya. “Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun. “Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!”katanya tidak puas hati. Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ’solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’. “Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!” kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang. Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza – bukan di bawah telunjukknya lagi. Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah. Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka. Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya. “Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya. Teresak-eask saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu! Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya… “Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.” Ya, begitulah juga dengan saya…hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah. Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka… Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga. Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia…itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya. Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya. Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.” Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan. Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu. Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut. Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya… Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya. Saya bersabar menunggu detik itu… Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata : ” Mmm…sedap..” dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya. Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena…… Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya. Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama ‘universiti terbaik’ hidup kita selama ini. Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya. Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?” (Al-Baqarah: 286) Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita. Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara. Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu. Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga ‘frust’ dan tewas. Kecewa umpama ‘mati’ sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang. Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, ‘menghidupkan’ saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan. Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata. Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba. Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang… “Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156). *Diambil dari email yang diforward |
Insan kealpaan…. 5 Ogos, 2009
Posted by saiey in Teladan.Tags: insaf, Teladan
add a comment
Kala hening Subuh
Dia membuaikan mimpi
Terleka dengan khayalan tidur
Yang telah melenyapkan keinsafan dalam diri
Dan berlalulah
Rasa keimanannya terhadap Tuhan…
Tika fardu Zohor
Imannya tidak bermohor
Baginya hanya ingatan palsu
Yang tidak patut dikejar
Dan berlalulah saban keimanannya terhadap Tuhan…
Waktu Asar menjelma
Dia masih lagi menyibukkan diri
Dan menghambakan diri
Dengan urusan duniawi
Dan sekali lagi dia merungkai
Keimanannya terhadap Tuhan…
Saban Maghrib
Dia bergegas menjejakkan kaki
Ke tempat yang terlarang
Dia berani menghirup, merasai
Dan menikmati titisan air kedosaan
Apa yang dihalang
Dia telah memalingkan keimanannya terhadap Tuhannya…
Di saat Isyak berlalu
Dia membujur kaku
Berserta dengan buih kedosaan
Yang telah dia lemparkan terhadap Tuhan…
Namun, setelah itu
Adakah dia masih
Direstui oleh Tuhannya?
Diampuni oleh Tuhannya?
Dan siapakah dia? Y
ang membunuh Tuhan dari jiwanya..??
Aku hanya mengingati agar diriku Tidak seperti “dia”
Tips menghadapi kehidupan 1 Ogos, 2009
Posted by saiey in Cinta.Tags: kehidupan, tips
add a comment
- Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
- Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.
- Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan,karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
- Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan uang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.
- Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
- Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
- Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
- Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itupula.
- Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.
- Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan.Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
- Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
- Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu.
- Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
- Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.
- Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika da masih tetap peduli padanya.
- Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.
- Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata.
- Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
- Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.
- Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
- Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
- Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.
- Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
- Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum – jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.
Kisah babi hutan dan ular 20 Mei, 2009
Posted by saiey in Uncategorized.Tags: Teladan
1 comment so far
Pengetahuan bersama…..
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r..a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.” Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laailaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya”.
Renung2kan dan selamat beramal~~
sori dah lame tak update blog ni 23 April, 2009
Posted by saiey in Uncategorized.add a comment
salam, first time.. saya nak mintak maaf sebab dah lame tak update blog.. maklumlah tahun ni saya agak bizi ngan assignment, test and project sume.. bulan 6 ni saya akan update blog ni dan saya akan wat kelainan sket kat blog ni.. tunggu ok~~~!! lastly, thank you so much for visit my blog. Wslm
Your birthday color and your personality 23 April, 2009
Posted by saiey in Uncategorized.Tags: birthday, Informasi
add a comment
If your birthday is on…… scroll down for your personality.
December 23rd~ January 1st = Red
January 2nd ~ January 11th = Orange
January 12th ~ January 24th = Yellow
January 25th ~ February 3rd = Pink
February 4th ~ February 8th = Blue
February 9th ~ February 18th = Green
February 19th ~ February 28th = Brown
February 1st ~ March 10th = Aqua
March 11th ~ March 20th = Lime
March 21st = Black
March 22nd ~ March 31st = Purple
April 1st ~ April 10th = Navy
April 11th ~ April 20th = Silver
April 21st ~ April 30th = White
May 2st ~ May 14th = Blue
May 15th ~ May 24th = Gold
May 25th ~ June 3rd = Cream
June 4th ~ June 13th = Grey
June 14th ~ June 23rd = Maroon
June 24th = Grey
June 25th ~ July 4th =Red
July 5th ~ July 14th = Orange
July 15th ~ July 25th = Yellow
July 26th ~ August 4th = Pink
August 5th ~ August 13th = Blue
August 14th ~ August 23rd = Green
August 24th ~ September 2nd = Brown
September 3rd ~ Septemeber 12th = Aqua
September 13th ~ September 22nd = Lime
September 23rd = Olive
September 24th ~October 3rd = Purple
October 4th ~ October 13th = Navy
October 14th ~ October 23rd = Silver
October 24th ~November 11th = White
November 12th ~ November 21st = Gold
November22nd ~ December 1st = Cream
December 2nd ~ December 11th = Grey
December 12th~ December 21st = Maroon
Decmeber 22nd = Teal
RED
FF0000 Cute and lovable type, You are picky but always in love…and liked to be loved. Fresh and cheerful, but can be “moody” at times. Capable with people, nice, soft, and that can love you for the way you are. Likes people that are easy to talk to, and can make you feel comfortable.
CREAM
FFFFE0 Competitive and sportive. Don’t like losing and always cheerful! You are trustworthy, and very out-going. You choose love carefully, and don’t fall in love easily. But once you find the right one, you don’t let go for a long long time.
TEAL
008080 You are mostly interested in your looks. And have high standards in picking love. You think and make a solution precisely, and hardly make stupid mistakes. You like to lead, and is easy for you to make new friends.
GRAY
808080 You are attractive, and active. You never hide your feelings, and express everything that’s inside. But can be selfish at times. You want to be noticed, and don’t like to be treated unequally. You can brighten up people’s day. You know what to say at the right time, and you have a good sense of humour.
GREEN
008000 You get along well with new people. You are not really a shy person, but sometimes you can hurt people’s feelings by your words… You like to be loved and noticed by your lover, but mostly you are single, waiting for the right person.
GOLD
FFD700 You know what’s right and what’s wrong. You are cheerful and out going. It’s hard for you to find the one you want, but once you find the right person, you won’t be able to fall in love again for a long time.
PINK
FFC0CB You are always trying your best in everything, and like to help and care for other people. But you are not easily satisfied. You have negative thoughts, and you look for romantic love like in a fairytale.
YELLOW
FFFF00 You are sweet and innocent. Trusted by many people, and have a strong leadership towards relationships. You make good decision and make the right choice at the right time. And always dreaming of romantic relationship.
MAROON
800000 You are intelligent, and know what’s right. You like to make things go your way, which can sometimes cause trouble for not thinking about other people’s feelings. But you are patient when it comes to love… Once you get a hold of the right person, it’s hard for you to find a better love.
ORANGE
FFA500 You are responsible for your own actions, and you know how to treat people. You always have goals to reach, and are competitive. When it comes to friendship, you find it hard to trust someone, but once you find the right friend, you trust them for ever.
PURPLE
800080 You are mysterious, never selfish and get interested in things easily. Your day can be sad or happy depending on your mood. You are popular between friends but you can act stupid at times, and forget things easily. You go for person that’s trustworthy.
LIME
00FF00 You are calm, but easily stressed out. You get jealous easily, and complain over little things. You can’t get stuck into one thing, but you have a capable personality for everyone to trust you and like you.
SILVER
C0C0C0 You are imaginative and shy, but you like trying new things. You like to challenge yourself. You learn things easily, and like “Hard to get”. Your love life are normally hard and confusing.
BLACK
000000 You are challenging, and have the “guts”. But you don’t like changes in your life. And once you make a decision, you keep it that way for a long time. Your love life is also challenging, and different.
OLIVE
808000 You are warm and light hearted. You seem to flow well with friends and family. You don’t like violence and know what’s right. You are kind and cheerful, but don’t envy other people easily.
BROWN
8B4513 You are active and sportive. It’s hard for other people to become close with you, but you fall in love easily. But once you find out you can’t get something, you give up and let go easily as well.
BLUE
0000FF You have low self-esteem, and very picky. You are artistic and like to fall in love, but you let your love pass by, by loving with your mind, not your heart.
NAVY
000080 You are attractive, and love your life. You have a strong feeling towards everything. And very easily distracted. Once you get angry at someone, it’s hard for you to forgive them.
WHITE
FFFFFF You dream and have goals in your life. You get jealous easily and you don’t react to things easily. You are different and sometimes thought highly by others.
AQUA
00FFFF Your feelings change suddenly and easily. You are always lonely, and like travelling. You are truthful, but listen and believe other people too easily. It’s hard to find love for you, and you get lost in love easily, Sometimes you get hurt by love.
Blaja bahasa jepun 15 Januari, 2009
Posted by saiey in Uncategorized.Tags: Jenaka, lawak
add a comment
01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO
06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI
15. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI
Perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.
Lawak versi omputih plak 15 Januari, 2009
Posted by saiey in Jenaka.Tags: Jenaka, lawak
add a comment
1. Losing all your friends
Man comes home and finds his wife with his friend in bed.
He shoots his friend and kills him.
Wife says “If you behave like this, you will lose ALL your friends.”
2. Brother wanted
A small boy wrote to Santa Claus,”send me a brother”….
Santa wrote back, “SEND ME YOUR MOTHER”….
3. Meaning of WIFE
Husband asks, “Do you know the meaning of WIFE? It means ‘Without
Information Fighting Everytime’!”
Wife replies, “No, it means ‘With Idiot For Ever’!!!”
4. Importance of a period
Teacher: “Do you know the importance of a period?”
Kid: “Yeah, once my sister said she has missed one, my mom fainted, dad
got a heart attack & our driver ran away.”
5. Confident vs. confidential
A young boy asks his Dad, “What is the difference between confident and
confidential? “
Dad says, “You are my son, I’m confident about that. Your friend over
there, is also my son, that’s confidential! “
6. Anger management?
Husband: “When I get mad at you, you never fight back. How do you
control your anger?”
Wife: “I clean the toilet.”
Husband: “How does that help?”
Wife: “I use your toothbrush


