jump to navigation

Cerita orang sakit jiwa 15 Oktober, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
Tags:
1 comment so far

Sakit Jiwa 1

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki : Ya doktor.

Doktor : Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki : Saya ini manusia doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung?

Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia?

Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.

Doktor : “??$$??”

Sakit Jiwa 2

Di sebuah hospital mental.. seorang doktor sedang cuba menguji tahap kesembuhan tiga orang pesakitnya…

Doktor : Bila awak hendak pergi ke padang pasir.. apa yang awak akan bawa?

Pesakit 1 : Saya akan membawa air

Doktor : Kenapa?

Pesakit 1 : Kalau dahaga.. boleh minum

Doktor : Bagus.. awak pula…

Pesakit 2 : Saya akan membawa payung

Doktor : Kenapa pula?

Pesakit 2 : Kalau panas boleh guna payung

Doktor : OK.. awak pula…?

Pesakit 3 : Saya akan membawa pintu kereta

Sambil tergaru-garu kehairanan.. doktor bertanya..

Doktor : Kenapa ya?

Pesakit 3 : Kalau panas… saya akan buka tingkapnya

Sakit Jiwa 3

Dah seminggu Seman merancang nak menyewa kereta nak ke JB nak jumpa bakal awek. Seman tinggal di Kuantan.. nak naik bas.. tak macholah.. ala.. sewa baru $ 200… buleh round puas hati.. itu yang Seman plan. Tiba masanya bertolaklah Seman dengan kereta Wira sewa, warna hitam dan bertolak pukul 6.45 pagi.. dah tak sabar jumpa awek baru ni..kenal dalam IRC..

Seman janji nak jumpa di Plaza Angsana dalam pukul 11 pagi. Seman dah sampai di Senai..taklah jauh agi rasanya… tapi sambil datang tu Seman rancang nak round dulu dekat Angsana tu..saje je.. dah lama tak tinjau tepi Tampoi tu…

Masa Seman memandu..tiba-tiba..”pommp” bunyi tayar pancit…waaaaaaaa..naik meraung Seman…Seman pun dengan slow parking wira tepi jalan..sebelah dengan longkang..dekat pagar Hospital Bahgia Tampoi…

Seman pun bukaklah skru 4 biji tayar kereta…entah macam mana.. masa dia tukar dengan tayar spare.. 4 biji skru tadi tercampak dalam longkang… “Ya Allah…banyaknya dugaan”…sekali lagi tension si Seman …

Dah lama Seman pikir caman nak buat ni…termenung muka seposen tepi kereta…

Tiba-tiba..” bang..oo..bang..buat apa tu”..tanya sorang lelaki yang tinggal di hospital bahagia tu…

Ishh malas gak Seman nak layan… ” pancit”… jawab Seman..

“oo..pancit…penat bang”..tanyanya agi

“taklahh…” Seman balas dengan nada keras…

“kenapa tak tukar je..ada masalah ke”…tanya lelaki tak siuman tu…

“ni hah…aku tak tahu.. nak buat camana… 4 biji skru tayar ni jatuh dalam longkang tu.. dalam lak tu…busuk..” jawab Seman

“oo..takde skrulah ye…”

“apa susah bang… abang cabut je sebiji skru dari 3 tayar lain.. tiap satu tayar.. pastu pasanglah.. ishh” selamba je mamat tak siuman tu cadang…

“ye tak ye jugak.. idea ko, kenapalah aku tak terfikir, sapa nama ko?” tanya Seman..

“Karim..nama glamer…Carry… tulah abang,,jangan tengok orang taka siuman…bodoh..Ini orang tak siuman IQ tinggi tau”…sambil berlalu…balas mamat tu…

Seman pun pasang lah..sampailah hajatnya jumpa minah IRC

Sakit Jiwa 4

Seorang doktor terkezut ketika masuk sebuah rumah sakit jiwa. Dia mendengar ada orang sedang menyanyi. Setelah dicari rerupanya suara seorang pesakit rumah sakit jiwa tersebut. Cuma anehnya, si pesakit menyanyikannya dengan tidur telentang. Dengan hairan si doktor terus mengamati pesakit tersebut. Dia berpikir, kot-kot si pesakit tu sudah sembuh. Lebih terkezut lagi, kemudian pesakit tersebut meniarap dan menyanyikan sebuah lagu yang lain. Kerana confused, doktor menghampiri si pesakit dan bertanya,

“Hai, mengapa kamu tadi menyanyi dengan tidur telentang dan sekarang meniarap?”

Dengan coolnya si pesakit menjawab,

“Ya Doktor, sebab tadi side A, sekarang side B.”

Lawak lagi~ 15 Oktober, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
Tags:
add a comment

KULIAH

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti. Kata professor “Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa”. Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal. Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata, “Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya.” “Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan” balas orang itu.

 

ANAK YANG BAIK

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya….

Wanita 1: “Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna”

Wanita 2: “Apakah dia merokok?”

Wanita 1: “Oh, tidak!…tidak sama sekali!”

Wanita 2: “Dia kekadang minum bir?”

Wanita 1: “Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik”

Wanita 2: “Dia kuat bersosial… dan selalu pulang larut malam ke rumah?”

Wanita 1: “Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga”

Wanita 2: “Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?”

Wanita 1: “Minggu depan akan genap usianya enam bulan!”

Mana Satu Pilihan Hati? 22 September, 2008

Posted by saiey in Cinta, Teladan.
1 comment so far

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu  panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Dipetik dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1171

Lawak sebentar~ 19 September, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
Tags:
1 comment so far

MENJERIT BERSAMA
Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang
dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai
berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit..”Tolong,
Tolong”
Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain..
lalu salah seorang budak lain berkata..”Mungkin lebih baik kalau kita semua
menjerit Bersama”
“Ya.. Idea yang sangat bagus” jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua
mula menjerit “Bersama ! Bersama!”


BAYI JEPUN
Herman : “Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa
jepon.. kenapa?”
Jamri : “Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan
itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami…
Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa
Jepun dengan kami”


MENU RESTORAN ITALI
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat
terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi
mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di
restoran itu…
Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil
menu… Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih
sembarangan…
“Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang” kata
lelaki tadi..
“Maaf.. encik” jawab waiter
“Itu nama pemilik restoran ini”

Apa itu cinta?? 12 September, 2008

Posted by saiey in Cinta.
Tags:
add a comment

……Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

 

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan. Cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

 

Sifat Cinta

 Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Untuk mengetahui dengan lebih dekat, kita perlulah tahu sifat-sifat cinta ;

 

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke  dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

 

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

 

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

 

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

 

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

 

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

 

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang  berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

 

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

 

Cinta Itu Mempersona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

 

Apakah itu Bukti Cinta?

……Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

 

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.J ika anda beri semua yang dia mahu, apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

 

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

 

      “Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu

      membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap

      sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

                              - Saidina Umar Ibnul Khattab -

Jadual harian seorang muslim di bulan ramadhan 8 September, 2008

Posted by saiey in Teladan.
Tags: , ,
add a comment

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga”, merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Mana satu? 31 Ogos, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
Tags:
add a comment

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah
restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak
kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada
budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah” Pelancong itu tidak
faham perkataan ‘ha’ah’.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah
betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu
sekali lagi dia bertanya.. “Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama
jalan ini adalah jalan Pasir?”
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah
betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu
segera bertanya
“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk
menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi.. “Saya keliru.. Tadi saya
bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya
kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya
kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk.
Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar
belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’,
orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau
yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang
dewasa itu…

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya?” tanya
Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”

Pertandingan senjata tajam dunia 31 Ogos, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
Tags:
add a comment

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke
peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar
silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki
menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah
pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang
dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh
lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai
Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada
tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton
berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya,
mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi
‘penerbangan’nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan
nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan
terbang.


Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, “Tuan-tuan jangan
salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan”.

Loghat mana lebih munasabah? 31 Ogos, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
Tags: ,
add a comment

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara
loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur
(Kelate) adalah munasabah Bahasa Melayu standard.


“Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di
situ didapati emaknya tiada.”

Loghat Utara (kedah):
“Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak”.

Loghat Pantai Timur (kelate):
“Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.”

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak
ada memang munasabahlah! haha…

Don’t worry.. 9 Ogos, 2008

Posted by saiey in Jenaka.
add a comment

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri…borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi… bertanyalah si
orang Cuba tadi “Why you do that for?”. Dengan selamba mat salleh tu
menjawab “Don’t worry, I got a lot american dollar in my country”.

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap…”Why you do that for” kata american
tadi… “Don’t worry, i got a lot cigar in my country”.

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi… tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap….belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah…,
“DON’T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY!